Tuesday 3 May 2011

:: Cinta Antara Kami ::

Post kali ini istimewa buat Mohd Rohaizam Bin Nasry....




1 Mei 2011, tarikh majlis perkahwinan abang Hisham. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun pada mulanya hujan rintik-rintik membasahi bumi... Tarikh bahagia buat abang hisham dan isteri tercinta. Dan tarikh itu juga tarikh bahagia buat hana kerana dapat berjumpa dengan sayang...


Hana tersentuh sebenarnya sebab sayang sanggup datang walaupun dengan menunggang motorsikal. Bukan dekat, Utara-Selatan... Dengan cuaca hujan lebat, sayang redah juga. Mendalam sungguh cinta sayang pada hana :) 
Terima kasih sayang...... Terima kasih sebab tolong hana, tolong hantar pengantin, tolong hantar Pok Ngoh, Mok Long, Nani dan saudara-mara yang lain...


Tarikh 1 Mei juga kita bergambar bersama. Walaupun bergambar dengan pengantin, tapi bagi hana ia suatu kenangan yang bahagia. Kenangan terindah.... Hana cintakan sayang...


Walaupun pertemuan kita singkat, tapi hana bahagia sangat. Semoga Allah menguatkan rasa Cinta ini untuk selamanya.


"Saya akan berjaya dan bahagia"