Monday, 27 June 2011

:: Jom ukur tahap kesihatan ::

Hari ni dapat email daripada tuala wanita yang sangat saya suka pakai....Kotex laa yang paling best !! Mesti ramai belum tahu tahap kesihatan diri kan...Lagi-lagi tentang kesihatan zone V....


So bagi yang nak cuba ukur tahap kesihatan masing-masing, Jom pergi ke Facebook Kotex.
http://www.facebook.com/iknowmovement?sk=app_131800936898317


Memandangkan saya memang suka buat kuiz itu ini, banyak masa terluang laa katakan...Saya dah try dah...Tahap kesihatan saya 64%...Kira ok-ok laa...Wait, bukan setakat ringankan jari jemari untuk pegang mouse klick jawapan je....Korang boleh dapat free Kotex fresh plus liner !!! Siapa tak nak barang free...Lagi-lagi jenama kegemaran saya ni....






Kalau terlebih rajin tu, boleh daftar sebagai ahli Kotex....Apa-apa info tentang Kotex pasti korang akan diberitahu....Kalau rasa dalam laci pakain dalam dah kehabisan stock pad, boleh minta free je kat Kotex...Tapi sampel percuma jelah dan dapat selepas 4 minggu....Nak banyak-banyak beli sendiri ye....


"Saya akan berjaya dan bahagia"



Sunday, 19 June 2011

:: Bila hati berkata-kata ::

"Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan."

Bila kita fikirkan sedalam-dalamnya sebenarnya mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul dan sesuai dengan kita supaya kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Dengan kata lain sebenarnya kita tidak akan dapat melupakan sesiapa sahaja yang pernah berada di dalam hati kita walaupun ia hanya sedetik cuma. Apa yang saya belajar dari hari ke hari apabila kita telah memberi hati dan seluruh cinta kita kepada seseorang, janganlah mengharapkan cinta sebagai balasannya. Ini bukanlah satu kepastian yang setiap hati akan menyintai kita. Mungkin ada hati lain yang kita tidak pernah memberi peluang dan ruang untuk dia bertakhta di hati kita. Jadi seeloknya, pandanglah dengan hati, bukan dengan mata kasar. Mata mungkin boleh terlepas pandang, tapi hati akan sentiasa berkata benar.


Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan hasil daripada pembacaan saya.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.”


Semoga saya, dia, kamu, mereka dan kami akan memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang tabah untuk membuatkan  hidup kita bahagia.


Bagi diri saya sendiri kebahagiaan itu tidak semestinya memiliki segala yang terbaik dalam hidup. Tetapi  bahagia itu akan dirasai apabila kita lakukan yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang dalam perjalanan hidup kita. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan lalu yang telah dilupakan. Jadi, kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam yang pernah dilalui.



"Saya akan berjaya dan bahagia"

Monday, 6 June 2011

:: Cinta tak perlu dipaksa ::

Sweetkan tajuk lagu ni. Saya tak pernah dengar pun lagu ni sebelum ni.... Tapi malam ni lagu ni lah yang saya dengar berulang-ulang kali....

Malam ni Encik Cinta sangat romantik... Selalu dia akan tanya " Cinta saya tengah buat apa?" Tapi malam ni lain... " Kekasih saya tengah buat apa?" Euw..... Berbunga-bunga hati dapat SMS macam tu......... Baru semalam sesi merajuk, hari ni kami kembali mekar.....

Dia asyik tanya malam ni saya online tak.... Pelik juga dalam hati. Tapi buat-buat tak tahu je.... Bila saya cakap saya tengah online, dia minta tolong.... Ooooo patutlah asyik tanya online tak.... Tapi pertolongan dia sedikit pelik.... " Sayang buka U-Tube, carikan lagu Cinta Tak Perlu Dipaksa-Budak Kacamata....."

"Untuk apa ye...." Hati saya tertanya-tanya.....

Bila saya cakap dah jumpa.... Dia minta tolong lagi......

" Sayang tolong tujukan lagu ni pada cinta hati saya. Lagu ni jawapan untuk soalan2 dia dua hari lepas.... Suruh dia dengar lirik lagu ni betul2....."

Ok....... Sangat Romantik :)  Ni lah salah satu sifat semulajadi pada diri dia yang saya sangat suka dan terpikat.... Terima kasih sayang untuk jawapan soalan tu....

Jikalau telah tersurat
Aku jadi milikmu
Tiada siapa yang dapat
Menghalang kenyataan itu

Hanya serah dan berdoa
Moga tiada bencana
Mengiringi perjalanan kita
Moga tersisih noda

Ku berjanji dengan sepenuh hatiku
Kan memahamimu
Tidak sedikit pun akan kusakiti
Hati dan hidupmu

Tidak mungkin itu sekali terjadi
Oh tidak mungkin...
Tidak sekali kan ku berubah hati
Berubah janji...
Kuharap engkau pun sama

Jikalau ku tak peduli
Itu bukan maksudku
Untuk melepaskanmu
Tinggalkan dirimu

Hanya ingin beri mu
Tenang dan kebebasan
Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa

Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa

InsyaAllah........
Hana cintakan, kasih dan sayangkan sayang sepenuh nafas...........


"Saya akan berjaya dan bahagia"