Monday 28 February 2011

:: DPLI intake Julai 2011::

Dulu dengar khabar angin cakap DPLI dah tak buka lagi sebab banyak lambakan guru2 yang masih belum dapat posting lagi... Hari ni tengok ada iklan DPLI. Kepada yang berminat untuk jadi cikgu cikgi boleh la mohon. Saya pun nak cuba mohon. Mana tau ada rezeki. Esok beli pin di BSN, RM 20.60... InsyaAllah, rezeki semua Allah yang bagi... Kita perlu berusaha... Semoga berjaya...


https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/allstpm/index_dp.html


"Saya akan berjaya dan bahagia"



Saturday 26 February 2011

:: Kerja tangan ::

Hari ni berjaya mendesign penanda buku untuk Encik Cinta dan saya. Tadi masa beli buku dekat MPH, nampak penanda buku. Sangat cantik !!! Bila tengok harga, RM4.90. Tambah lagi sikit dah dapat McDonalds Value Lunch. Favourite saya Quater Pounder--->kepada siapa2 yang nak belanja boleh take note ye :)


Sambung balik yang tadi, penanda buku bukan nak beli 1, nak 2, 3. Datanglah idea untuk bikin sendiri, lagi jimat. Kertas untuk print photo pun ada, saya pun bikin sendiri jelah. Cuma tak print je lagi. Tinggal nak cari ribbon sahaja. 




Gambar kat atas macam cacat sikit laa... Tapi yang betul punya tak cacat :)


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Sunday 20 February 2011

:: Jubli Perak ::

Hari ni genap umur saya 25 tahun. Setiap tahun angka akan berubah. Waaaa sangat2 takut tengok angka itu !!! Tuanya saya... Sekejap je rasa masa berjalan. Rasa macam tak sampai setahun pun lagi... Dulu rancang umur 25 nak mendirikan rumahtangga. Dah masuk 25, jangan kata rumah, tangga pun belum dirikan lagi. Ramai kawan2 dah bertukar status Puan dan bergelar ibu... Tapi kalau ditanya memang saya belum bersedia untuk semua itu. Sangat2 takut.


25 ni masih layak dikira remaja lagi tak???


Kalau dah namanya Jubli Perak, maknanya saya berada di tempat kedua. Tak tua, tak muda. Kira tengah2 la ni... Apa2 pun angka itu, saya harap saya dapat capai impian saya dan berjaya, bahagia di dunia dan di akhirat... Aminn..


"Selamat hari lahir untuk diriku" :)




"Saya akan berjaya dan bahagia"

Friday 18 February 2011

:: Itu hobi saya ::

Bila ada masa lapang, pasti jari jemari saya tidak sabar2 untuk menekan keybord lappy. Apa lagi masa untuk mengarang novel... Banyak sebenarnya yang saya sudah karang cuma belum publish di Blog Saya, Dia, Kamu, Mereka, Kami. Tapi tak tahu bila novel saya akan siap... Walau macam mana pun saya akan cuba siapkan juga...InsyaAllah...


Selamat membaca hasil nukilan saya :)


"Saya akan berjaya dan bahagia"

:: Hasil nukilan ::




1




    S


etelah sekian lama Hana menutup pintu  hatinya kepada perkataan cinta buat kaum Adam. Hana bertekad untuk menghabiskan pengajiannya di peringkat Ijazah tanpa gangguan ikatan cinta.
Ramai di antara rakan-rakan seperjuangan yang tidak percaya dengan keputusan tersebut.
“Cinta datang bila-bila Hana, mampu ke nak tolak?” Soalan yang sering ditanya oleh rakan-rakannya.
Hana hanya mampu tersenyum. Tidak kuasa untuk bertegang lidah dengan rakan-rakan yang tidak memahami dirinya.  Bagi Hana semua bergantung pada niat dan hati seseorang. Jika hendak seribu daya. Jika tidak percaya, tutup mulut.

Pejam celik, sudah masuk tahun akhir Hana di menara gading. Hanya tinggal menyiapkan Projek Tahun Akhir sebelum Hana bergelar seorang siswazah. Kini tanpa diduga pintu hatinya telah diketuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Pada mulanya Hana memang agak keberatan untuk menjawab salam perkenalan yang diterimanya dari laman web sosial yang agak popular pada masa itu. Tidak lain tidak bukan Tagged yang digilai oleh ramai pelusuk dunia. Zaman semakin hari semakin berubah ke arah kemajuan dan teknologi yang canggih. Semuanya tersedia di hujung jari. Canggih bukan teknologi siber.

Hana mengelamun. Memang itu hobinya sejak kecil lagi. Jika kisah Pak Pandir itu bukan rekaan, barangkali Hana ini adalah cucu cicit Pak Pandir yang hidup di dunia moden.

“Hah, Kak Hana ! Ooo ingat dekat boyfriend ye.” Huda, rakan sebilik menerjah.

Terkejut beruk Hana dibuatnya. Nasib baik Hana lebih comel daripada beruk. Tidaklah ketara sangat rupanya.

“Mana Kak Hana ada boyfriend. Tengah fikir nak buat assignment ni” Hana cuba memberi jawapan agar tidak masuk ke lubang perangkap Huda.

Huda mengemas barang untuk dibawa ke bilik rakannya. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan sebagai pelajar semester empat. Seperti kebiasaan Hana akan tidur seorang diri tanpa teman sebiliknya itu. Bagi mengurangkan rasa takut, lampu belajar akan dipasang sehingga keesokan paginya.

Hana melihat kembali pesanan yang diterima tadi. Salam dibalas tanda persetujuan untuk berkawan. Sudah tiba masanya untuk Hana memberi ruang kepada hatinya untuk berbicara tentang perasaan. Mana tahu lelaki tersebut adalah cinta yang dinantikan selama ini.
Walaupun tidak berjabat tangan, pertalian persahabatan antara Hana dan Aizam kini terjalin. Mereka kerap berbalas pesanan ringkas di Tagged. Cuba untuk menjadi rakan rapat siber. Hana senang berkongsi cerita dengan Aizam.

Begitu juga Aizam, katanya “Saya lebih suka berbual dengan kawan perempuan. Orang lelaki ni lain sikit. Tidak boleh lebih-lebih sangat. Tak seronok.”

Seperti kaum Adam yang lain, tidak sempurna jika tidak dapat mendengar suara kaum Hawa yang dikenalinya. Aizam meminta nombor telefon bimbit Hana dengan alasan sebagai seorang kawan. Bukan mudah bagi Hana untuk memberi nombor telefon kepada orang yang baru dikenalinya. Itupun melalui alam siber. Pelbagai alasan diberi namun ada sahaja jawapan daripada Aizam.

Masih tidak berputus asa, Aizam memberi nombor telefonnya kepada Hana. Hana memberi pesanan ringkas ke nombor telefon bimbit Aizam untuk mengucapkan Selamat Malam.

Sekeras-keras kerak nasi akhirnya lembut juga. Begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan diri Hana. Aizam juga pandai menyusun ayat. Orang cakap lelaki yang pandai susun ayat romantik orangnya. Jangan perasan sudah.

“Belum apa-apa dah terpikat ke Hana?” Bisik hati kecilnya. Hana keluar dari lamunannya sambil tersenyum simpul.

Berbalas pesanan ringkas di telefon, bertukar gambar, berbual panjang pada malam hari sudah menjadi sebahagian rutin dalam kisah yang kononnya persahabatan dalam hidup Hana dan Aizam. Setiap pagi Hana akan dikejutkan oleh Aizam. Untung juga ada jam loceng bernyawa ni.

Romeo takes me somewhere we can be alone…I will be waiting all there is left to do is run…You will be the prince and I will be the princess…It is a love story baby just say yes... Love Story, nada deringan nyanyian Taylor Swift yang telah di khususkan kepada pemanggil Aizam mengejutkan Hana dari tidur.

“Assalamualaikum. Selamat Pagi. Awak dah bangun?” Ucapan yang akan Hana dengar pada setiap pagi kecuali hari Sabtu dan Ahad.

“Belum, Hana baru nak bangun” Hana menjawab sambil mengeliat.

“Bangun ye. Mandi, lepas tu solat Subuh.” Aizam tidak pernah lupa mengingatkan Hana untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Mandi pagi-pagi subuh? Perkara yang memang jarang Hana akan buat. Cukup sekadar menggosok gigi dan membasuh muka. Hana sujud menyembah penciptaNya yang Esa.

Hampir dua minggu Hana berkawan dengan Aizam di alam siber, Aizam memberitahu Hana yang dia adalah seorang penyelam Tentera Laut Di Raja Malaysia. Patutlah setiap pagi Aizam bangun untuk berjogging. Sebagai penyelam, berat badan amat dititikberatkan. Jika tidak, boleh jadi pelampung penyelamat la gamaknya.

Perhubungan Hana dan Aizam semakin rapat. Dalam sehari pasti Aizam tidak jemu-jemu menelefon atau menghantar pesanan ringkas buat Hana. Mungkinkah cinta akan berputik di antara mereka?

Aizam sudah mengambil langkah pertama. Dia memberi lagu Salam Rindu, nyanyian Type X kepada Hana di Tagged. Hana sendiri keliru dengan perasaannya.

“Awat dia bagi lagu ni? Dah la post kat Tagged. Semua orang boleh tengok kot. Aduh !” Bisik hati kecil Hana.

Hana kepenatan menghadiri kelas sepanjang hari. Malam itu Hana tidur tanpa mengucapkan Selamat Malam kepada Aizam yang sering dilakukan oleh mereka berdua.

Hana tersedar daripada tidur kerana bunyi telefon bimbitnya menandakan ada SMS yang diterima.

Hana membacanya “Saat awak terlena, saya terjaga teringatkan awak. Saat awak terjaga, saya terlena mimpikan awak. Semuanya tentang awak. Dan saya tahu saya tidak akan pernah walau sesaat pun melupakan awak. Hanya awak, Hana.”

Pengirim SMS tersebut datangya daripada Aizam dan pada pukul 2.19 minit pagi. Hana tersenyum dan hatinya berbunga-bunga selepas membaca SMS tersebut.

Hana masih belum kenal sepenuhnya tentang diri Aizam. Ke mana lagi rujukan yang Hana boleh dapat kalau bukan di Tagged. Hana membaca satu persatu komen yang ada di halaman Tagged Aizam.

Banyak persoalan yang muncul di benak fikiran Hana. Sepertinya Aizam sudah berpunya. Anita Sofea namanya. Banyak komen-komen cinta dan rindu daripada mereka berdua. Paling menyakitkan hati Hana komen kissing dan hug pun ada. Memang sah mereka bercinta.

“Eee kalau dah ada kekasih, buat apa nak gatal-gatal bagi ayat-ayat manis kat aku. Dasar lelaki semuanya sama.” Sakit hati Hana.

Sehari suntuk Hana tidak membalas dan menjawab panggilan daripada Aizam. Tanda memprotes.

Hana menangis seorang diri. Tapi untuk apa? Aizam dan Hana bukan pasangan kekasih. Tidak perlu rasanya Hana membazirkan air mata untuk perkara tersebut, melainkan Hana sudah ada hati dengan Aizam.

“Ya memang aku dah mula jatuh hati dengan dia. Tapi kenapa dia tipu aku?” Rungut hati kecil Hana.

Selesai solat Isyak, Hana membuka buku untuk menelaah pelajaran. Tidak ada apa yang masuk di fikirannya. Mana mungkin di kala hati terasa pedih fikiran dapat berfikir dengan tenang.

Itu adalah salah satu sebab mengapa Hana tidak membenarkan cinta hadir dalam hidupnya. Hana tidak mahu cinta mengganggu pelajarannya.

Melihat di skrin telefon bimbitnya sudah ada 12 panggilan yang tidak terjawab. Kesemuanya dari pemanggil yang sama, Aizam.

Hana memang mempunyai hati yang lembut. Tidak sampai hati untuk membiarkan panggilan tidak dijawab berterusan. Hana menjawab panggilan daripada Aizam walaupun hatinya pedih.

“Assalamualaikum.” Aizam memberi salam.

“Walaikumsalam.” Hana membalas.

“Awak sihat? Kenapa tak jawab saya call?” Soal Aizam. Setiap kali menelefon, Aizam tidak pernah lupa bertanyakan tentang kesihatan Hana terlebih dahulu.

“Sihat. Awak sihat? Hana tak dengar pun awak call” Hana menjawab hendak tak nak. Harap-harap Aizam dapat membaca dari nada suaranya tadi.

Memang benar Aizam dapat menangkap seperti ada yang tidak kena.

“Saya ada buat salah ke?” Soal Aizam.

“Tak ada apa-apa.” Hana berbohong.

“Kalau ada, saya minta maaf.” Aizam cuba untuk memujuk Hana.

Hana tidak dapat menahan perasaannya. Dia akur dengan dirinya sendiri. Bukan mudah baginya untuk menahan air mata mengalir keluar dari kelopak matanya.

Hana menceritakan apa yang dia rasa tika dan saat itu. Aizam membisu memberi ruang kepada Hana untuk meluahkan perasaan.

Setelah selesai Hana menceritakan apa yang terbuku di lubuk hatinya. Tiba giliran Aizam memberi penjelasan.

“Awak, dia tak ada apa-apa dengan saya. Saya dengan dia hanya sekadar kawan. Dia dah berumah tangga. Dah ada anak dan suami.” Aizam memberi penjelasan.

“Tetapi kenapa berbalas komen-komen tentang perasaan cinta dan rindu. Macam orang tengah bercinta.” Hana tidak berpuas hati dengan penjelasan Aizam.

“Bukan macam itu. Ucapan cuma sekadar ucapan. Yang penting niat kita. Kita anggap orang itu sebagai apa. Samada kawan, kekasih atau sebagainya. Maknanya lain-lain. Tidak akan sama.” Aizam menjawab.

“Mana boleh tak sama. Kalau macam itu, dengan semua orang pun awak lafazkan perkataan cinta. Cinta mana boleh lafaz kat semua orang.” Hana membetah.

“Dia yang bagi kat saya. Tak kan saya tak nak balas. Nanti dia ingat saya sombong pula.” Aizam menjawab.

“Kenapa Hana nak terasa hati?” Soal Aizam.

“Apa aku nak jawab? Sampai hati dia soal aku macam ni. Eee malunya. Nasib baik bukan depan mata. Sekadar percakapan di telefon.” Rintih hati Hana.

Hana membisu tanda tiada jawapan darinya.

“Hana, Hana istimewa pada saya sebab sifat-sifat yang ada pada Hana. Setiap hari saya call dan hantar SMS pada Hana. Saya tidak pernah buat macam ini dekat orang lain. Hana tau sebab apa? Sebab saya tak nak kehilangan Hana” Aizam cuba untuk memberitahu dan  meyakinkan yang sebenarnya dalam diam dia telah menyukai Hana.

Hana menitiskan air mata. Jawapan yang diberi oleh Aizam betul-betul menyentuh perasaanya. Kenapa perlu bergaduh dengan hal yang kecil? Hana sendiri tidak suka dengan pergaduhan. 

Semua perkara boleh diselesaikan dengan syarat perlu dibawa bincang. Aizam pandai mengambil hati Hana. Antara sebab itulah Hana senang dengan Aizam dan membuatkan hati Hana terpikat dengan Aizam.

Bersambung....................


"Saya akan berjaya dan bahagia"



Thursday 17 February 2011

:: Terpaksa, tertekan ::

Stress........Stress !!!

Hari2 mesti stress... Bukan stress pasal kerja tapi stress sebab orang di tempat kerja... Saya tak kisah kalau penat sebab kerja banyak. Tapi penat sebab nak layan dan dengar karenah orang !!! Padahal bukan boss pun, tapi lagak dan gaya memerintah kalah boss...Semua dia yang betul, semua perlu dengar arahan dia. Sampai menangis kalau nak menegakkan yang betul. Memang cabaran betul...

Hari ini kena membebel dengan dia sebab 2x pergi toilet... Kalau membebel kejap boleh tahan lagi. Ni sampai 15 minit berdiri sebelah dia dengar dia membebel... Dah macam ayah paling tiri dah ni. Memang dah tahap paling maksimum kesabaran ni. Ingat pergi toilet tu suka2. Eeeeeeee sangat tak faham dengan orang macam tu !!!
Sangat stress...

Masa rehat nak berborak-borak dengan akak kat sebelah pun tak boleh...Dia suruh tidur. Dah la masa kerja tak boleh buka mulut... Masa rehat pun kena senyap. Siap bagi arahan suruh tidur. Saya punya masa rehat, suka hati laa nak bikin apa pun... Eeee orang tua ni memang dah sangat melampau !!! Poyo je lebih!!!
Bila dia berborak kuat2 boleh laa pula.

Pen jatuh, pensil jatuh, buku jatuh...Mesti panggil "Hana......." sambil tangan tunjuk ke arah barang yang jatuh tu... Bukan nak cakap tolong ambilkan ke... Dia ingat saya ni kerja part time bibik dia ke??? Tak beradap langsung. Nama je orang tua... Tak ada sivik !!!

Dia sangat JAHAT !!! Tak suka.....


"Saya akan berjaya dan bahagia"



Wednesday 16 February 2011

:: Sedang ingin bercinta ::

Seperti biasa sebelum tidur akan SMS / call Encik Cinta dulu... Kalau mata tak larat terus tidur...ZzzzzZZZ...


Lagu sebelum tidur malam ini Sedang ingin bercinta....




"Saya akan berjaya dan bahagia" bersama Encik Cinta :)


Tuesday 15 February 2011

:: Maulidur Rasul ::

Ya Allah, semakin saya menjadi dewasa, saya semakin lalai menjadi umat Muhammad yang penuh dengan rasa cinta kepada baginda... Masa zaman sekolah, pasti 12 Rabiul Awal dipenuhi dengan aktiviti2 di surau. Mendengar ceramah, berselawat beramai-ramai dengan ustaz, ustazah dan rakan-rakan. Sesungguhnya saya kecewa dengan diri ini... 


Hari ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita susuri sunnah baginda dan kita panjangkan dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.





Hijjaz-Rasulullah
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela




"Saya akan berjaya dan bahagia"

Monday 7 February 2011

:: Yang mana satu ::

Hari ni dapat call dari Bank Negara... Mula2 takut juga masa orang dalam telefon memperkenalkan diri. Hutang MARA saya dah masuk dalam senarai black listed ke??? Tapi tiap2 bulan bayar. Cuma selalu lewat je.


Rupa2nya dapat interview dari Bank Negara. Buat takut je... Interview memang diadakan di Johor Bahru. Tapi saya nak sambung belajar tahun ni. Nak pergi ke tak ye interview tu??? Tanya mak, mak suruh pergi. Tapi kalau tanya hati, tak nak pergi. Nak sambung belajar!!! Nak dapatkan Master...


Serba salah dibuatnya. Dua2 peluang yang bagus. Bukan senang nak dapat kerja dekat Bank Negara. Huhuhu. Tapi usia saya makin lanjut!!! Perlu dapatkan Master sebelum otak menjadi semakin pelupa sebab selalu terminum air semut...


Semangat pun tak berapa nak kuat. Tak tahu lah sejak-sejak ni asyik tak ada semangat je... Puncanya pun saya tak tahu. Kurang vitamin ke badan saya??? Atau memang siptom2 bila usia semakin sampai ke peringkat Jubli Perak??? Arggghhhhh, huhuhu...


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Sunday 6 February 2011

:: Kenapa banyak sangat 'rasa' dalam percintaan ::

Kenapa, kenapa dan kenapa??? Kenapa bila bercinta kita akan merasai banyak perisa??? Kadang2 rasa manis, kadang2 terlebih manis, kadang2 rasa masam, kadang2 rasa tawar, kadang2 rasa pahit...Tetapi walau apa pun perisa yang diberikan, sang pencinta akan tetap menerima dan menelannya. Begitu hebat kuasa cinta itu.

Benarkah semua perisa tersebut akan lebih membuatkan cinta itu lebih bermakna dan lebih dirasai dan dihargai??? Kalau ya tetapi kenapa ramai pasangan2 di luar sana menghadapi masalah dalam percintaan mereka dan akhir sekali mengambil jalan untuk membuat haluan masing2??? Ada juga pasangan2 yang mampu bertahan dengan perisa2 tersebut kerana tidak mahu masalah lain yang timbul... Tetapi percintaan mereka seperti sudah hilang seri pagi sinaran matahari. Bukankah setiap orang berhak memiliki dan merasai rasa cinta yang indah dalam hidup mereka... 

Banyak cerita tentang cinta yang saya dengar dan lihat. Ada yang membahagiakan, ada yang menyedihkan, dan ada pula yang memeritkan. Tetapi semua itu kerana kuasa cinta. Dan saya juga ada cerita cinta saya sendiri. Saya merasakan cerita cinta saya penuh dengan kisah2 suka dan duka yang membuatkan saya dan Encik Cinta belajar untuk mengenali dan mendalami perasaan masing2.

Memang benar semua orang berhak untuk memiliki percintaan yang bahagia. Tetapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...




"Cinta yang tiada rasa adalah cinta yang kosong . . ."



"Saya akan berjaya dan bahagia"

Saturday 5 February 2011

:: List shopping sudah keluar ::

List shopping untuk bulan February-April


February


       1.  Handbag 

       2.  Kasut


March


       1.  Handphone




       2.  Broadband


April

       1.  Pakaian

       2.  Perabot bilik


Kereta??? Nak letak dalam list bulan ke berapa ye??? Saya nak kereta !!! Tidak mengapa, kereta memang akan termasuk dalam list setiap bulan. Huhuhu... Perlu berjimat cermat untuk mendapatkan segala benda yang sudah "short listed" di atas. Atau perlu mencari dana dari mak. Wah gitu... 

Lepas ni memang perlu membuat account peribadi sendiri. Aliran wang keluar masuk perlu dicatit dan dikemaskini...


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Friday 4 February 2011

:: Kecantikan Lelaki dan kegagahan Wanita ::

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki???? 

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa. 



Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki... 


Dan dimana Kegagahan Wanita??? 

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. 


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. 



"Saya akan berjaya dan bahagia"

:: Generasiku ::

Pagi terjaga ku dari mimpi
Terasa hati senang sekali

Pasti dunia ku yang punya di hari ini
Bersama kawan-kawan ku pergi
Ketawa riang senang hati
Indahnya dunia ketika kita muda remaja


Segalanya dalam genggaman

Walau apa pun tak kan menjadi halangan

Hidup ini setia menanti
Generasiku bersinar bagai mentari
oo...

Malam ini bertemu di pesta
Berdebar membalas senyumannya
Manisnya oh jatuh cinta kali pertama
Bersama menitiskan impian
Cinta, cita-cita dan harapan 
Di usia ini... tiada yang tak mungkin
Oh sayang

Segalanya dalam genggaman
Walau apa pun tak kan menjadi halangan
Hidup ini setia menanti
Generasiku bersinar bagai mentari
Jangan gentar mengejar mimpi
Yakin berani percaya diri
Dan mula dengan hello
oo...

Jangan takut jatuh ke bumi
Bingkas bangun melangkah lagi
Ke depan, lari dan terbang menuju bintang
Hanya kau saja yang bisa menentu
Arah hidupmu yeah...
oo...

Pagi terjaga ku dari mimpi
Terasa hati senang sekali
Indahnya dunia ketika kita muda remaja

Segalanya dalam genggaman
Walau apa pun tak kan menjadi halangan
Hidup ini setia menanti
Generasiku bersinar bagai mentari

Segalanya dalam genggaman
Walau apa pun tak kan menjadi halangan
Hidup ini setia menanti
Generasiku bersinar bagai mentari
oo...

Segalanya dalam genggaman (oo...)
Hidup ini...
Generasiku...






"Saya akan berjaya dan bahagia"

:: Perubahan itu memang wujud ::

Seperti yang kita tahu, masa akan sentiasa berubah. Hari ini, esok, lusa, tulat dan seterusnya. Manusia juga berubah mengikut tumbesaran. Bermula dengan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhir sekali akan menjadi warga emas. Tiada apa yang tidak berubah di dunia ini. Hanya Allah yang akan kekal begitu untuk selamanya.

Begitu juga dengan perasaan dan hati seseorang. Saya perlu menerima hakikat tersebut dan belajar menerimanya dengan hati yang ikhlas. Walaupun dia selalu ingatkan saya yang perasaan dia kepada saya tidak pernah berubah. Tetapi saya merasai perubahan tersebut. Mungkin dia tidak sedar akan perubahan yang dia lakukan. Begitu juga dengan saya. Bila ditegur, barulah saya menyedarinya.

Saya tak salahkan dia. Perubahan itu memang akan tetap wujud walau macam mana cara sekalipun kita menjaganya. Apa yang saya boleh buat sekarang, saya tidak akan berharap lagi. Ku berhenti berharap...

Saya serahkan semua padaNya. InsyaAllah saya terima semua yang ditetapkan untuk saya. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya.


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Thursday 3 February 2011

:: VVIP ::

Saya... Saya pun termasuk dalam list orang-orang penting juga. Dan saya paling penting dalam hidup saya..Ngee (^_^)
~ SAYA ~

Yang ni paling teristimewa, Encik Cinta saya. Comel orangnya, dan paling comel kalau dia senyum. Tapi susah kot nak tengok dia senyum. Depan camera je kot dia senyum. Sangat mencintai dia. Dia romantik, penyayang, baik hati. Tapi dia selalu buat saya nangis. Lepas tu tak reti pujuk. Huhuhu... Terpaksalah pujuk diri sendiri.
~ DIA ~



Rakan-rakan yang sentiasa bersama di saat gembira dan sedih. Walaupun kadang2 ada mengutuk antara satu sama lain, tapi mereka tetap di hati saya. Sekarang semua ada kehidupan sendiri. Sangat2 sayang dan sentiasa merindui mereka semua.
~ MEREKA ~


Inilah satu-satunya gambar kami sekeluarga yang lengkap dan sempurna. Perfect !! Dan gambar ini diambil masa hari KONVO saya !! Kami akan sentiasa bersama. Air yang dicincang tak akan putus. 
~ KAMI ~




"Saya akan berjaya dan bahagia"