Monday 25 April 2011

:: (^_^) ::

Semakin hari berlalu, saya seringkali merasakan kehilangan dia dari dalam hati saya. Entah mengapa perasaan itu semakin bertambah dari hari ke hari. Namun saya cuba untuk tidak hayut dengan perasaan yang saya tidak undang ke dalam hati saya.

"Adakah ini normal bagi semua orang??" Ditambah pula rasa bersalah sering singgah untuk lebih membuat saya lemah dengan perasaan saya sendiri. Buntu memikirkan tentang perasaan…

Kalau dulu bunga-bunga cantik mekar di taman... Harum bau dari jauh sudah dapat dihidu... Cantik menghiasi taman hati... Namun sekarang musim luruh barangkali. Semuanya gugur di bumi. Saya cuba untuk mengutip ke semua bunga-bunga itu.  Tetapi kekuatan hati yang terombang ambing ini tidak mampu untuk melakukannya. Hanya mampu melihat dengan sayup ia terbang dituip angin. Biarlah ia terbang... Mana tau boleh menumpang di taman yang mekar dijaga rapi.

Walau cuaca pasti berubah, musim pasti berganti, itu semua dari Allah SWT. Kesemua ada nikmat dan hikmah yang tersembunyi. Perasaan saya juga adalah milikNya. Hanya padaNya tempat yang selamat untuk mengadu, kerana dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.  



"Saya akan berjaya dan bahagia"



Thursday 21 April 2011

:: Akad Nikah dan Keluarga baru ::

Pertama nak cakap " Saya lambat update blog "


Alhamdulillah, pada minggu lepas hari Jumaat tepat jam 10.15 minit pagi, 15 April 2011 bersamaan 11 Jamadilawal 1432H abang sulung saya @ anak sulung Encik Ab Rahman dan Puan Nurjahan, Muhammad Hisham selamat akad nikah dengan pasangannya Sharifahnur Binti Sharfudin di Masjid Jamek Kg Dato’ Sulaiman Menteri. 


Majlis berjalan dengan lancar, cuaca pagi tu pun Alhamdulillah baik. Cuma cuaca pada setiap hati dan mata tetamu yang hadir agak rengai2 dan gerimis sedikit. Kalau sesi akad nikah mesti berjuraian air mata ibu bapa pengantin dan pengantin sendiri. 


Menangis kerana gembira anaknya sudah disatukan dengan pasangan hidup mereka. Menangis kerana anak mereka sudah menjadi kepunyaan orang lain. Situasi yang gembira dalam sebak. Semoga mereka menjadi pasangan suami isteri yang bahagia hingga ke akhir hayat mereka.



Sebelum dia bergelar SUAMI…. Euw…….macam tak percaya je dah nak jadi suami orang abang saya ini :)


KAMI…. Giliran siapa lepas ni ye???? Sama-sama nantikan :)



Dah sah jadi suami isteri :)



Ambil gambar family !!! Toleh kanan toleh kiri masing-masing hilang...
Ayah mana???? Ira, cari ayah.. Mak cepatlah… Adik, panggil Kak Nora…. Nani cepat, dah panas….




Dapat pun ambil gambar family :)

Keluarga kami bertambah…. Mereka, keluarga besan Mak dan Ayah :)


Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan didalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud : " Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

"Saya akan berjaya dan bahagia"



Saturday 9 April 2011

:: Saya teringin nak........ ::

Teringin nak berenang
Masa budak2 kalau mandi air terjun guna pelampung. Nak berenang sendiri tak boleh sebab keselamatan itu perlu diutamakan. Bila dah besar nak tunjuk terer sikit, mandi dekat kawasan yang banyak batu, dengan tempat air cetek. Malu kot nak pakai pelampung lagi..... Nak berenang !!! Nak tengok dalam laut.... Bestnya kalau dapat berenang macam ikan duyung.....


Teringin nak panjat gunung.
Daki bukit pernah sekali je, masa last semester dengan kawan2. Sangat mencabar, tapi sangat seronok !!! Kalau tak dapat panjat Gunung Ledang, Gunung Everest pun dah kira ok dah.... Huh !!! Kuatnya berangan. Slow kan skit volume tu....


Teringin nak pergi Cameron Highland.
Dari kecil sampai sekarang belum jejak lagi di bumi Cameron Highland. Masa sekolah ada lawatan, ayah tak bagi pergi. Bila dah besar tak tau nak pergi dengan siapa..... Selalu dapat dengar cerita dengan tengok gambar je. Sedihnya !!!


Teringin nak kucing Parsi yang sangat malas dan tak pandai.
Nak sangat2 kucing tu !!! Walaupun sebenarnya saya takut kucing, tapi dengan kucing macam tu je saya tak takut. Lagi dia malas lagi saya suka...


Tapi sekarang saya teringin nak makan Raja Buah......... DURIAN !!!


" Sedapnya !!!! "


"Saya akan berjaya dan bahagia"



:: Dari JB ke Melaka ke N9 ke KL ke JB ::

Minggu lepas jalan je kerja... Motif utama cari barang bakal pengantin. Mak nak jemput Kalla Noma untuk majlis 1 Mei ni. Yang lain2 ditugaskan untuk memenuhkan seat Exora dan menghabiskan duit.


Sampai Melaka, tengok2 ada Mydin Mall. Besar kot, kaya rupanya Encik Mydin ni. Yang penting dapat makan Asam Pedas Melaka... Ermmmmm tapi tak sedap !!! Abang Sham cakap asam pedas Muor yang sedap.... Asam pedas emak lagi sedap....... Malam baru dapat jalan kat Bandar Melaka..... Sangat2 cantik !!!! Nak ambil gambar, dah malam. Tak dapat ambil gambar bangunan2 sejarah. Huhuhuhu.... Bila nak gi Melaka lagi ???


Tugas2 kami bermula.................




 "Mak cantiklah, halusnya pipi mak, belanja mak......" 

 " Penat seh tunggu !!!"

" Yes, misi berjaya " 

(^_^)


"Saya akan berjaya dan bahagia"