Tuesday 18 January 2011

:: Budak baru ::

Semalam 17/01/2011, saya telah memulakan kerja sebagai pelapis akauntan syarikat di Johor Central Store ataupun Nufri Holdings Sdn Bhd. Akauntan sekarang (Nana) seorang rakyat India akan mewariskan segala ilmu kepada saya. Masalahnya dia sangat sangat cerewet dan poyo. Orang tua yang sangat cerewet dan poyo. Huhuhu. Nak buat apa semua perlu beritahu dia !! Nak photostat, nak print, nak solat, nak pergi toilet, nak itu nak ini.....Semua !! Tertekan bila Nana ada di pejabat. Tapi terpaksa bersabar sebab dia orang tua. Bukan tua, sangat tua. Tahun ini umur Nana masuk 75 tahun. Sebelum merdeka lagi dia sudah datang Malaysia dan bekerja di sini.

Mengikut sejarah Johor Central Store, kedai buku ini telah bertapak di Jalan Ibrahim selama 80 puluh tahun. Bangunan ini boleh dikatakan 50% kukuh kerana apabila ada kenderaan yang lalu di hadapan Jalan Ibrahim pasti komputer saya bergoyang dan terasa gegarannya. Macam gempa bumi pun ada. Tetapi rekaan bangunan yang dimiliki oleh Sultan Johor ini klasik dan boleh dijadikan bahan sejarah.

Suasana bekerja di sini seronok kerana pemandangan buku-buku lama yang tersusun di rak-rak buku membuatkan saya sentiasa merasakan seperti berada di zaman persekolahan. Bidang Akaun memang minat saya dari dulu lagi. Mungkin ini peluang saya untuk mempraktikkan minat yang dipendam selama ini. Banyak perkara yang perlu saya pelajari. Demi mencari ilmu, pengalaman dan duit, saya akan berusaha dan bersabar dalam menempuh segala ujian. Dan saya mesti berjaya !! InsyaAllah...

"Saya akan berjaya dan bahagia"




No comments: