Wednesday, 2 February 2011

:: Rancangan yang tak jadi ::

Saya dan dia merancang untuk berjumpa (rasanya untuk kali ke-5) pada cuti raya cina ni. Hati ini tersangat gembira. Mana tidaknya sudah hampir 6 bulan kami tidak berjumpa. Paling gembira, (tapi sebenarnya takut yang amat) dia ingin menjemput saya pergi ke rumahnya. Kebetulan adik dia tunang. Kalau tak ada urusan lain jangan harap dapat 'green light' daripada Big Boss dan Boss. Jadi inilah peluang saya untuk berkenalan dengan keluarga dia. 

Sejak kami berkenalan, dah nak masuk 2 tahun, saya belum pernah berjumpa dengan keluarga dia. Tapi dia sudah pun berjumpa dan berkenalan dengan keluarga saya. Tak fair kan !! Kadang-kadang nak juga berkenalan dengan keluarga dia. Orang cakap tak kenal maka tak cinta.

Memandangkan syarikat tempat saya bekerja beroperasi semula pada 5 hari bulan, jadi saya sudah pun memohon cuti 1 hari. Bermakna cuti saya bermula dari 3 hari bulan sehingga 6 hari bulan. Bolehlah menghabiskan cuti bersama insan tersayang. Rancangannya begitu….Tapi……

Perancangan tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ohhhh perasaan sangatlah kecewa, sedih, hampa, luka. Apakan daya ku. Hanya air mata yang dapat menemaniku di saat ini. Nasib baik tak ada siapa di rumah. Boleh la nangis sepuasnya. Huhuhu…..

Bukan senang nak menahan rasa rindu. Kalau dulu masa belajar, selalu sangat homesick. Bila homesick, ubat dia menangis. Bila homesick dah sembuh sepenuhnya, datang pula lovesick. Menangis juga la ubatnya. Tetapi bila bercakap dengan dia, pandai pula mulut dan mata ni cover. Konon-konon tak nak la dia tahu yang saya sedang sedih. Bila habis perbualan di telefon, haaaa barulah nak keluar manik-manik mutiara di mata.

Banyak cerita yang saya nak beritahu dan kongsi dengan dia. Ingatkan dapatlah cerita masa jumpa nanti. Nak cerita kat telefon, rasanya topup RM50 pun tak cukup. Terpaksalah saya simpan cerita-cerita itu dulu. Susah kan bercinta jarak jauh. Memerlukan banyak pengorbanan, terutamanya tentang hati dan perasaan. Hanya orang yang betul-betul kuat yang mampu bertahan. Terus terang saya bukan orang yang kuat, tetapi saya cuba untuk menjadi kuat dan tabah !!

Setiap hujung minggu, pasti pasangan-pasangan merpati sejoli akan keluar 'dating'. Tidak bagi saya, semua itu tidak pernah tertulis dalam aktiviti hujung minggu saya. Jealous juga tengok couple2 yang keluar sama-sama sambil berpimpin tangan. Huhuhu... Tapi saya selalu pujuk diri saya dan anggap yang di situlah uniknya percintaan kami. 

Jadi cuti raya cina ini saya mahu berehat di rumah sahaja…..

"Saya akan berjaya dan bahagia"

No comments: