Saturday, 9 April 2011

:: Saya teringin nak........ ::

Teringin nak berenang
Masa budak2 kalau mandi air terjun guna pelampung. Nak berenang sendiri tak boleh sebab keselamatan itu perlu diutamakan. Bila dah besar nak tunjuk terer sikit, mandi dekat kawasan yang banyak batu, dengan tempat air cetek. Malu kot nak pakai pelampung lagi..... Nak berenang !!! Nak tengok dalam laut.... Bestnya kalau dapat berenang macam ikan duyung.....


Teringin nak panjat gunung.
Daki bukit pernah sekali je, masa last semester dengan kawan2. Sangat mencabar, tapi sangat seronok !!! Kalau tak dapat panjat Gunung Ledang, Gunung Everest pun dah kira ok dah.... Huh !!! Kuatnya berangan. Slow kan skit volume tu....


Teringin nak pergi Cameron Highland.
Dari kecil sampai sekarang belum jejak lagi di bumi Cameron Highland. Masa sekolah ada lawatan, ayah tak bagi pergi. Bila dah besar tak tau nak pergi dengan siapa..... Selalu dapat dengar cerita dengan tengok gambar je. Sedihnya !!!


Teringin nak kucing Parsi yang sangat malas dan tak pandai.
Nak sangat2 kucing tu !!! Walaupun sebenarnya saya takut kucing, tapi dengan kucing macam tu je saya tak takut. Lagi dia malas lagi saya suka...


Tapi sekarang saya teringin nak makan Raja Buah......... DURIAN !!!


" Sedapnya !!!! "


"Saya akan berjaya dan bahagia"



No comments: