Thursday 21 April 2011

:: Akad Nikah dan Keluarga baru ::

Pertama nak cakap " Saya lambat update blog "


Alhamdulillah, pada minggu lepas hari Jumaat tepat jam 10.15 minit pagi, 15 April 2011 bersamaan 11 Jamadilawal 1432H abang sulung saya @ anak sulung Encik Ab Rahman dan Puan Nurjahan, Muhammad Hisham selamat akad nikah dengan pasangannya Sharifahnur Binti Sharfudin di Masjid Jamek Kg Dato’ Sulaiman Menteri. 


Majlis berjalan dengan lancar, cuaca pagi tu pun Alhamdulillah baik. Cuma cuaca pada setiap hati dan mata tetamu yang hadir agak rengai2 dan gerimis sedikit. Kalau sesi akad nikah mesti berjuraian air mata ibu bapa pengantin dan pengantin sendiri. 


Menangis kerana gembira anaknya sudah disatukan dengan pasangan hidup mereka. Menangis kerana anak mereka sudah menjadi kepunyaan orang lain. Situasi yang gembira dalam sebak. Semoga mereka menjadi pasangan suami isteri yang bahagia hingga ke akhir hayat mereka.



Sebelum dia bergelar SUAMI…. Euw…….macam tak percaya je dah nak jadi suami orang abang saya ini :)


KAMI…. Giliran siapa lepas ni ye???? Sama-sama nantikan :)



Dah sah jadi suami isteri :)



Ambil gambar family !!! Toleh kanan toleh kiri masing-masing hilang...
Ayah mana???? Ira, cari ayah.. Mak cepatlah… Adik, panggil Kak Nora…. Nani cepat, dah panas….




Dapat pun ambil gambar family :)

Keluarga kami bertambah…. Mereka, keluarga besan Mak dan Ayah :)


Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan didalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud : " Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

"Saya akan berjaya dan bahagia"



No comments: