Monday 25 April 2011

:: (^_^) ::

Semakin hari berlalu, saya seringkali merasakan kehilangan dia dari dalam hati saya. Entah mengapa perasaan itu semakin bertambah dari hari ke hari. Namun saya cuba untuk tidak hayut dengan perasaan yang saya tidak undang ke dalam hati saya.

"Adakah ini normal bagi semua orang??" Ditambah pula rasa bersalah sering singgah untuk lebih membuat saya lemah dengan perasaan saya sendiri. Buntu memikirkan tentang perasaan…

Kalau dulu bunga-bunga cantik mekar di taman... Harum bau dari jauh sudah dapat dihidu... Cantik menghiasi taman hati... Namun sekarang musim luruh barangkali. Semuanya gugur di bumi. Saya cuba untuk mengutip ke semua bunga-bunga itu.  Tetapi kekuatan hati yang terombang ambing ini tidak mampu untuk melakukannya. Hanya mampu melihat dengan sayup ia terbang dituip angin. Biarlah ia terbang... Mana tau boleh menumpang di taman yang mekar dijaga rapi.

Walau cuaca pasti berubah, musim pasti berganti, itu semua dari Allah SWT. Kesemua ada nikmat dan hikmah yang tersembunyi. Perasaan saya juga adalah milikNya. Hanya padaNya tempat yang selamat untuk mengadu, kerana dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.  



"Saya akan berjaya dan bahagia"



No comments: