Sunday, 24 July 2011

:: Tua sangat ke ?? ::

25 tu dah kira tua ke?? Memang patut kahwin ke kalau usia dah cecah 25?? Kat muka akan tumbuh garis-garis halus ke?? Ye saya dah 25 !!!!!! Tapi tak rasa pun macam 25.... TAPI orang-orang di sekeliling yang buat saya rasa dah 25..... Diorang jeles la tu... Konon-kononnya dah besar perangai pun kena macam usia 25.... Huh... Apa pun tak boleh....






Kenapa bila usia dah masuk 25 orang sibuk tanya pasal kahwin... Dalam syarat kahwin ada ke cakap umur 25, kena kahwin...Aiiiiii sangat tak paham dengan orang-orang sekarang..... Suka sangat ikut-ikut orang, ikut adat... Orang macam tu, dia pun nak macam tu... Lagi-lagi parents sekarang, anak orang macam tu, dia pun nak macam tu, tak pun kalau boleh nak lebih lagi... Perlu ke semua tu !!!!!! Sedikit tekanan di sini....


Ramai kot zaman sekarang yang kahwin lambat.... Bukan tak nak kahwin, tapi dah jodoh tu belum sampai. Nak buat macam mana. Kalau boleh tetapkan jodoh tu sendiri, sekarang juga nak kahwin.... Kahwin ni bukan macam main kahwin-kahwin masa budak-budak dulu....  Bunyi kompang " pang pang kopang kopang"   Lepas tu duduk, ada pulak kawan tabur daun-daun yang dah kena koyak kecil-kecil... Lepas tu main renjis-renjis.... Makanan pun daun-daun dengan bunga-bunga... Habis togel pokok bunga jiran sebelah rumah... Kalau setakat macam tu senang je la kan....


Bagi saya 25 tu kira macam permulaan yang baik lah kalau nak berumah tangga... Macam muda-muda lemak manis laaa... Tapi tak lah dikira macam dah terlalu lewat untuk kahwin... Belum TUA lagi.....


"Saya akan berjaya dan bahagia"

No comments: