Friday 1 July 2011

:: Cincin ::

Ramai kawan-kawan seperjuangan masa sekolah dan universiti dah tamatkan zaman bujang masing-masing. Ada yang dah dapat anak pun. Jodoh masing-masing kan... Tapi serius saya JEALOUS kot.... Cantik je tengok jari manis yang dah ada cincin...


Kenapa laa adat melayu banyak sangat perlukan cincin??? Mula-mula cincin merisik, orang cakap cincin merisik kena bagi cincin belah rotan. Lepas tu cincin tunang, nak lagi, cincin nikah.... Adoiiii baru tiga, kenapa tak cukupkan sepuluh jari terus... Baru meriah jari jemari tu...




Tak tahu laa ek, tapi bagi saya cukuplah sekadar satu cincin je.. Kalau saya, saya cuma nak cincin nikah... Cincin tu seperti SATU simbolik dalam perkahwinan.... Satu ye, bukan dua, bukan tiga... Cukup menandakan yang pemakai sudah dimiliki.... Tak ada siapa boleh masuk jarum lagi.... Tapi tu pendapat peribadi saya laa... Mungkin ramai yang tak setuju dengan pendapat ni, mak saya sendiri tak setuju.... 


Tapi apa ada kisah, saya yang nak pakai, jadi saya ada hak untuk berkata-kata... Kalau nak ikut hati semua orang, apa pun tak boleh....


"Saya akan berjaya dan bahagia"

No comments: