Monday 15 August 2011

:: Dah nak RAYA laaa ::

Sekarang dah 15 Ramadhan... Tapi saya masih belum ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN... Sibuk dengan kerja...Tapi taklah sibuk sangat pun... Cuma mungkin aktiviti penuh sikit berbanding dengan bulan sebelum ini... Sekejap je masa berlalu... Kalau dulu masa budak2 rasa lama sangat bulan puasa... Asyik kira bila laa nak raya... Tapi bila dah besar panjang macam ni, terasa kehadiran bulan Ramadhan begitu cepat berlalu... :(

Sangat ada beza sambutan perayaan pada setiap umur... Kalau masa budak2 sibuk suruh mak beli baju raya 3, 4 pasang... Kasut mesti nak baru...Stokin pun !!!! Best kan zaman budak2. Nak apa cakap je kat mak... Sekarang dah besar, nak apa cakap kat diri sendiri lah... Time collect memang tak ingat dunia.. Rasa seronok sangat... Dalam hati ada tertanya " Mak cakap susah nak cari duit..Kena kerja baru orang bagi duit..."

Tapi........Hari raya senang je orang bagi duit...Siap bagi makan minum lagi....Tak susah pun, cuma cakap..." Assalamualaikum, pakcik, makcik.....kitorang nak raya....." Salam je, nanti mesti orang hulur samput duit RAYA....

Bila semakin faham tentang kehidupan, baru saya tahu memang susah nak cari duit...Kena bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh !!! Masa hari raya je orang bagi duit... Hari lain ada??? Nak minta derma pun belum tentu orang nak bagi....

Hari raya memang seronok Bagi kanak-kanak sebab dapat duit pocket lebih...Tapi bagi saya sekarang hari raya amat bererti bila dapat berjumpa dan bermaafan dengan orang-orang di sekeliling kita...Itu baru HARI RAYA !!! Tak kisah laa tak ada baju 3, 4 pasang, janji dapat makan ketupat dengan lemang memang dah seronok sangat dah...

Bagi yang masih belum mencari baju raya, kuih raya, langsir raya, kek raya, selamat membeli belah dan membuat persiapan hari raya saya ucapkan....Ingat BERJIMAT-CERMAT :)

"Saya akan berjaya dan bahagia"


No comments: