Saturday 19 March 2011

:: PJJ ::

Bila fikir2 balik sebenarnya saya patut bersyukur sebab saya dipilih olehNya untuk menjalinkan hubungan percintaan jarak jauh dengan Encik Cinta saya. Ya, memang kadang2 saya rasa cemburu tengok pasangan2 lain yang boleh berjumpa tiap hari. Saya pun nak jumpa setiap hari !!! Tetapi.......... sebenarnya saya lagi bertuah dari mereka semua.


Ya, kami memang bertuah........


Sebab kami dapat merasai rasa rindu setiap hari... Kalau masa bercinta dah selalu sangat berjumpa, selalu buat aktiviti2 (yang berfaedah tau) sama2, rasanya tak best juga. Sebab nanti bila dah jadi suami isteri dah tak istimewa. Dah biasa..... Alhamdulillah saya patut bersyukur......


Dulu saya selalu merungut dalam hati, kami tak pernah sambut hari kelahiran masing2 sama2. Kami tak pernah ambil gambar sama2 macam pasangan2 lain (mesti yang ni ramai tak percaya), tak pernah tengok wayang sama2, tak pernah lakukan hobi kami sama2, tak pernah pergi bercuti sama2.... 


Macam-mana kami nak buat semua tu, sorang kat Utara, sorang kat Selatan... Kalau jumpa pun 2@3 hari je... Tu pun kena tunggu Encik Cinta saya dapat cuti dan balik kampung. Nak harapkan saya pergi jumpa dia.... Ermmm memang tak jumpa lah jawabnya. Tapi kami pernah lah dating keluar makan, pergi Danga Bay Johor, zoo Johor, taman bunga Istana Johor (nak juga letak Johor !!!) Eeeeee teruk kan.... Tu pun tak reti bersyukur ke??? Ish ish ish..... /hmm


Kalau kami ada selisih faham, nak nangis ke, nak marah ke, nak merajuk ke, nak ambil hati ke semua melalui telefon.... Heeeiiii best tau. Tak adalah dia nampak mukus saya yang keluar (lepas tu kesat kat tangan je sebab towel ntah mana ntah), muka dia yang tak comel dah sebab nak juga nangis. Muka ketat saya, muka serius dia bila marah. Semua tu tersembunyi..... Tak best laaa kalau dah tengok live kan.... So simpan suprise sikit lepas kahwin nanti... Hahahahahahaha /floor


Tetapi......sekarang saya dah tak merungut dah. Malah saya gembira sebab dapat rasai dan alami PJJ ni. Lagi seronok rasanya kalau bercinta selepas kahwin. Jadi kami kena simpan segala aktiviti2 di atas selepas kahwin nanti... (Dalam hati tak sabarnya nak kahwin !!!...Alahai omak kawin kan aku...) Gatainya!!! Hahahaha.... Belum lagi kot...banyak persediaan nak kena buat dan ilmu2 yang perlu dipelajari.....


Moga2 Percintaan Jarak Jauh ni akan bertukar kepada Perkahwinan Jangan Jarak  /blush InsyaAllah...


"Saya akan berjaya dan bahagia"

No comments: