Tuesday 29 March 2011

:: Temuduga Perlantikan Ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 ::

Alhamdulillah...... Selesai temuduga kerajaan. Pertama kali kot saya dapat pergi temuduga kerajaan. Nasib baik ada abang saya yang baik hati nak hantarkan sampai Putrajaya dengan kereta baru Ezora dia.... Kami (saya, abang saya, tunang abang saya, bakal mak mertua abang saya) bertolak pada pukul 12.00 tengah malam... Berhenti sana sini, sampai di Putrajaya tepat jam 4.50 pagi.... Sampai2 je terus cari Kompleks Perdana Menteri. Takut tak jumpa nanti. Bila dah kenal pasti jalan, kami pergi ke Masjid Putra. Rupa2nya bangunan Kompleks Perdana Menteri bersebelahan je dengan Masjid Putra. Senang la kalau macam tu.


Siap2 di masjid dan Alhamdulillah dapat solat subuh berjemaah dengan imam Masjid Putra... Lepas solat masa tulah loya, sakit perut, badan berpeluh semua datang.... Tunang abang saya ajak sarapan untuk alas perut. Tapi memang masa tu tak ada nafsu langsung nak makan. Minum air milo je, itu pun tak sampai suku gelas. Maklumlah darah gemuruh.....


Sampai bilik menunggu, perkara pertama yang saya kena tegur dengan urusetia tentang susunan sijil2 mengikut dalam surat temuduga.... Tapi nasib baik urusetia sangat baik. Dia yang susunkan sijil2 saya.... Terima kasih Puan !!! 
p/s Pastikan susun semua dokumen sebijik macam dalam surat. Masukkan IC, surat beranak dan surat temuduga dalam fail bersama dengan sijil2 yang lain.


Duduk dan tunggu sampai giliran tiba. Bilik temuduga saya, bilik 1. Bila sudah kedengaran bunyi loceng dari dalam bilik temuduga, bersedia untuk masuk.... Jangan lupa ketuk pintu 3x... Bila dah masuk, bagi salam dengan muka yang paling gembira walaupun sebenarnya ada mesin pengisar dalam perut !!! Pengerusi temuduga ada 2 orang. Seorang lelaki, seorang perempuan. Seorang dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, dan seorang wakil jabatan.


Ini adalah soalan2 yang ditanya kepada saya :


1. Perkenalkan diri awak....
Jangan lupa beritahu dari negeri mana.... Mana tau ada kekosongan untuk negeri tersebut, dah shortlisted di situ...

2. Awak tahu awak mohon untuk jawatan apa?
Jawab dengan penuh. Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi.

3. Apa matlamat kolej komuniti dan politeknik?

4. Apa perbezaan antara peniaga dengan usahawan?

5. Apa tugas2 seorang pensyarah?

6. Apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ekonomi negara?

Alhamdulillah, saya banyak ditanya tentang apa yang telah saya pelajari semasa di universiti. Jadi peluang saya bercakap memang banyak. Tips yang saya ingin kongsikan disini, jangan biarkan pengerusi temuduga menyoal banyak soalan kepada anda. Lebih elok sekiranya anda yang banyak bercakap. Sebelum masuk bilik temuduga tanya nama pengerusi temuduga supaya anda tahu pangkat mereka.


Tips2 yang saya dapat dari pensyarah adik saya... Terima kasih pada dia sebab tolong tanyakan tips2 pada pensyarah dia di Politeknik Johor Bahru.


* Pakai baju kurung yang biasa2 sahaja. Jangan pakai yang trend sekarang (jarang)

* Kasut formal bertumit sedikit (ala2 cikgu sekolah)

* Make up sedikit (tapi jangan terlalu over)

* Pastikan bawa semua sijil2. Yang duduk jauh2 check sebelum bertolak. Ada calon yang terpaksa balik sebab tertinggal scoll ijazah !!!




Saya dah berusaha dengan sehabis baik. Saya tawakkal pada Allah. Sekiranya itu rezeki saya, Alhamdulillah..... 

"Saya akan berjaya dan bahagia"



No comments: