Tuesday 8 March 2011

:: Sudah 2 tahun !!! ::

6 March.......Tarikh bersejarah bagi KAMI... :) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya ucapankan. Sudah 2 tahun KAMI berkenalan!!! Terima kasih kepada dia, kerana sabar dengan kerenah saya yang suka merajuk dan merajuk. Terima kasih kerana sentiasa cuba untuk memahami hati dan belajar mengenal perangai masing-masing. Walaupun kami tak dapat sambut tarikh bersejarah ini bersama, namun cinta dan sayang kami semakin bertambah dan tambah dan tambah.


Masa saya belajar di universiti Kak Siti ada beritahu, kalau nak masuk tahun ke-2 dalam sesebuah relationship memang akan banyak masalah datang. Siapa yang betul2 kuat dan tabah je akan kekal. Masa tu pun ramai kawan2 yang putus masa nak masuk tahun ke-2 dalam relationship diorang. Tak tahulah betul ke tak, tapi kalau dianalisis balik firasat Kak Siti tu memang boleh dikatakan 85% betul. Saya ada dengar juga dalam Wanita Hari ini. Tahun ke-2 dan ke-5 adalah tahun cabaran dalam relationship. Tapi tu bagi pasangan yang sudah berumahtangga. 


Tapi, walau apa pun,yang penting kami dah berjaya melepasi tahun ke-2 itu....Ada chance untuk jodoh panjang ni....Amin, insyaAllah :)


Terima kasih padaMu ya Allah kerana ketemukan kami dan wujudkan rasa cinta dalam hati kami berdua. Begitu indah dan bermakna cerita cinta yang Kau tuliskan untuk kami. 


"Ya Allah, berilah kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat kepada kami berdua. Semoga Mohd Rohaizam Bin Nasry dan Hanafeah Binti Ab Rahman adalah jodoh yang ditetapkan."


"Saya akan berjaya dan bahagia"



No comments: