Thursday, 14 March 2013

# Jeans Sleeveless Maxi Dress #

Saya baru nak berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. Untuk permulaan, saya nak jual jeans sleeveless maxi dress yang cantik ini.

Tak tipu !! Serius memang cantik !! Saya pun ada 1..

Tapi saya pakai dengan cardigan laa kan. Barulah muslimah. Sesuai dipakai untuk pergi jalan2, pergi dinner, pergi shopping. Memang selesa sebab jeans dia lembut.

Bagi yang berminat:
Price : RM79 (including postage)
Measurements
Length : 132cm
Bust: 42cm
Hip:52cm
Suitable for size S/M

Kalau korang nak beli boleh email kat saya ye.
hunnyhana@yahoo.com




"Saya akan berjaya dan bahagia"

Wednesday, 13 March 2013

# Photobook RM10 je !! #

Sekarang ni memang tengah xde kerje nak buat. Jadi dok tekan-tekan, gesek-gesek mouse dekat mouse pad jelah kerja saya sekarang.. Sambil dalam hati berdoa cepatlah dapat posting jadi lecturer...Penat dah dok menanguk kat rumah ni...

Niat di hati memang bukan nak membebel...Mintak ampun ye :)

Haa tengah main-main dengan mouse ni, ntah macam mana saya terseacrh pasal photobook..Memang berbaloi-baloi bagi saya yang memang suka nak save bugdet..Kalau ada kawan-kawan yang nak cuci gambar tapi dengan harga yang berbaloi, saya syorkan pergi kat sini

Saya pun baru tau ada service macam ni kat pixajoy

Sekarang ni ada offer photobook rm 10 je !! Tapi kulit dia bukan hard cover, ala macam2 magazine tu..Cun jugak pe untuk simpan sendiri atau bagi hadiah..Kelass kau !!


Photobook 20 pages..Selalu harga rm60.. Sangat jimat.. Apa yang best lagi FREE SHIPPING !!

Offer ni untuk new member sahaja. So, kalo korang dah join tapi nak beli lagi, pandai-pandailah daftar nama kakak, adik, suami, tunang ke sape-sape pon boleh :)

Lepas dah join & beli offer ni korang valid utk join lucky draw.
Ada macam2 hadiah..Mana tau rezeki korang kan...

Selamat berfikir dan membeli ye..Grab, jangan x grab !!

Untuk pengetahuan offer  ni dari 1 March sehingga 30 April 2013 sahaja tau!



"Saya akan berjaya dan bahagia"

Monday, 21 January 2013

:: Wanita ::

Saya seorang wanita... Bukan kanak-kanak lagi.. Bukan gadis remaja..

Terima kasih KRU untuk lagu ni buat semua wanita di dunia..

Sudah jadi salah satu lagu peveret saya !!

Tak semua lelaki boleh memahami hati wanita. Wanita sangat misteri. Kadang-kadang apa yang dikatakan tidak oleh mulut seorang wanita, sebenarnya jauh di sudut hati mereka adalah ya. Lelaki perlu belajar dari body language dan getar suara yang dilafazkan untuk lebih memahami setiap kata dan ucapan wanita...

Kepada suami, ayah, anak lelaki, abang dan kawan lelaki....

Belajarlah untuk menghargai isteri, anak perempuan, adik perempuan, dan kawan perempuan anda...

Saya bangga menjadi seorang WANITA :)




Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup



Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu



Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita



Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus



Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita





"Saya akan berjaya dan bahagia"

Monday, 26 November 2012

:: Sikit je lagi !!! Berusahalah.. ::

Diam tak diam dah nak masuk bulan 12. Bermakna sudah hampir nak masuk tahun 2013 !! Cepat masa oiiiii. Bermakna tinggal lagi 2 bulan untuk saya habiskan Master saya.. Saat-saat genting, huru-hara, kelam-kabut, akan saya harungi. Doakan saya dapatkan habiskan Master tepat pada masanya.


Yewwww.. Banyak kerja perlu disiapkan. "Hana, jangan terhegeh-hegeh, buat kerja kena cepat dan pantas!!"

Saya nak dapatkan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional !!







"Saya akan berjaya dan bahagia"

Thursday, 22 November 2012

:: We're Engaged ::

Alhamdulillah, setelah 3 tahun 8 bulan 5 hari, kami kenal dan bercinta kini kami sudah bertunang !! Yeay !!!! Orang cakap kalau bertunang ni darah manis. Apa maksud darah manis sebenarnya??  Ada yang saya baca maksudnya si darah manis perlu di kuarantinkan daripada merayap tak tentu hala supaya berseri masa naik pelamin. Ada yang yang cakap banyak unsur-unsur jahat akan mendekati pasangan yang berdarah manis. Syaitan tak suka bila mendapat tahu ada pasangan Adam dan Hawa akan disatukan.

Apa -pun saya berdoa kepada Nya agar tiada perkara buruk berlaku diantara kami berdua...

Alhamdulillah, dua wanita penting dalam majlis ini. Sayang kamu semua.




Persiapan bertunang boleh dikatakan semuanya saya DIY. Kami sepakat untuk gunakan gubahan bunga segar sebab for me fresh flower lagi-lagi rose, memang sangat memberi makna romantik. Kami berdua membeli bunga segar di kedai bunga Floristika, di Bangsar. Nak cakap murah, memang murah, cuma kami sampai lewat petang, jadi banyak bunga dah habis...Huhuhuhu..

Jadi kepada B2B, kalau nak beli bunga kena datang awal2 pagi, bunga pun masih segar lagi.

Pelamin pun saya DIY dengan emak saya yang memang patut dianugerahkan multiskil person. Saya lebih suka benda yang simple dan sweet, jadi kami memang buat pelamin ala-ala sweet gitu.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan kamu Encik Tunang. Semoga perjalanan untuk sampai ke alam berumahtangga akan dipermudahkan olehNya. Doakan kami. L.oV.e



"Saya akan berjaya dan bahagia"

Thursday, 16 August 2012

:: Kerja sangat banyak ::

I have a lots of work. Dalam hati dah keriangan nak balik cuti Raya, TAPI !!! kerja tak siap lagi. Hadoiii, inilah akibatnya suka buat kerja last minute, suka tangguh2. Kan dah menyusahkan diri. Banyak kali dah remind diri sendiri but still dengan perangai kemalasan itu. Sekarang kena tambahkan sikap kerajinan sebab memang perlu siapkan sebelum Raya..

Nak tengok meja saya yang sangat messy (bukti yang saya memang banyak kerja)


Setiap kali kelas mesti kena tulis dalam buku ni. Jadual saya, hari2 ada kelas, bermakna, hari2 lah kena tulis dalam buku ni. Tutorial pun tak bertanda lagi..




Penuh dah satu meja dengan barang-barang.



Kelas ganti !! Student mesti tak suka dengan perkara ini. Tapi saya terpaksa juga buat sebab tanggungjawab. Mood raya, tapi kelas tetap dijalankan. Dulu masa jasi student selalu merungut kalau lecturer nak buat class ganti. "Sir, tak yah laa sir. kitorang baca sendiri boleh?" Wahh, sekarang diri sendiri alami benda yang sama. baru sekarang rasa kesedaran tentang tanggungjawab lecturer ni. 

Monday, 13 August 2012

:: Saya Pensyarah Pelatih ::


Sudah masuk minggu ke-5 saya bergelar seorang pensyarah pelatih di Politeknik Melaka. Selangkah lagi untuk saya capai cita-cita saya sebagai Pensyarah yang baik hati :) Masa mula2 memang kegigilan suara dan tangan amat mudah untuk dilihat. Mesti student dapat kesan tu.. Hahahahaha..

Saya kena mengajar 3 subjek, jadi bermakna 3 kelas. Student DPI1A, DAT2B dan DPI5A. Alhamdulillah, student saya semuanya dengar cakap (walaupun tak semua), tapi kena puji juga biar mereka termotivate. Subjek yang saya kene ajar memang sumpah, saya tak pernah belajar masa degree dulu !!

* customs practices
* Occupational safety and health
* polibreged (subjek koko)

Mau tangan tak menggigil masa mula2 mengajar. Ntah student faham ke tak saya ajar. Tapi bila tanya semua cakap FAHAM CIK. Alhamdulillah, lega hati..

Part yang saya suka bila tengok student jawab soalan kuiz. Teringat masa zaman jadi student dulu. Macam-macam cara buat masa nak tiru biar lecturer tak nampak. Sampai sekarang pun ada student yang buat macam saya buat....................... Pura-pura cakap sorang (ala2 tengah berfikir) padahal nak cover baru lepas tanya kawan sebelah jawapan... Hahahahaha, lawak... Ada yang bisik2. Ingat saya tak nampak ke? Tapi saya kan pensyarah yang baik hati...Buat2 tak nampak jelah.. Saya faham semua tu.. Student akan buat benda yang sama bila terdesak :)

Doakan saya untuk menjadi seorang pensyarah yang baik hati :)


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Sunday, 12 August 2012

:: Tolong ingatkan aku ::

Ok, setelah hampir berbulan-bulan saya hilang ingatan tentang blog ni. Apakah ? Saya pun confius macam mana saya boleh hilang ingatan. Sehinggalah suatu hari saya dan encik cinta berborak pasal perkenanlan kami. Dia suruh check kat blog, katanya. Ohhhh baru saya pulih dari kelupaan tersebut. Saya ada blog !! Sangat lama saya lupa. Mengapakah ini terjadi. InsyaAllah day to day saya akan update blog selepas dah ada orang yang ingatkan.

Sekarang dan masuk 23 Ramadhan sudah. Bulan Ramadhan kali ini sangat istimewa dalam hidup. Kenapa ? Sebab 1st dalam hidup saya dapat berbuka dan bersahur dengan encik cinta. Bulan Ramadhan kali ni juga saya menyambutnya di Melaka. Bulan Ramadhan kali ini last kami (cik dan encik cinta) sambut guna gelaran tu, InsyaAllah. Lepas ini akan bertukar kepada gelaran cik dan encik tunang :)

Pertama kali juga saya masak sendiri dan berbuka sorang2 di rumah sewa Melaka. Menu nasi goreng kampung halaman, milo cincau dan kurma Yusuf Taiyoob. Simple tapi sedap, makanan bujang :)  Ini bermakna saya telah membuktikan pada diri yang saya pandai masak !!!



Selamat berpuasa lagi 7 hari kepada semua. Semoga puasa kita diterima olehNya. Tak sabar nak balik kampung halaman * Johor Bahru !!

"Saya akan berjaya dan bahagia"

Wednesday, 11 April 2012

:: Selamat Hari Lahir Sayang ::

Kepada Encik Driver, Encik Kaunselor, Encik Dukun, Encik Boss, Encik Penjaga Gua Hati, Encik BodyGuard, Encik Cinta saya...................







 Mohd Rohaizam Bin Nasry





Selamat Hari Lahir Sayang !!!


Dulu


Kini



Selamanya


Selamat hari lahir ke 29 sayang.. Dah nak masuk zone 30 sudah.. Orang tua-tua cakap lelaki makin berusia makin gatal.. Hahahaha.. Ada juga orang cakap umur 30 permulaan bagi hidup lelaki.. Jadi, jangan pandang ke belakang, biarkan 28 tahun yang lepas pergi menjadi sejarah.. Semoga impian dan cita-cita sayang akan tercapai dan menjadi realiti.. InsyaAllah.


" biarpun dunia akan merayakan hari ini untukmu,
  namun bagiku, setiap hari ini dan
  hari-hari seterusnya adalah hari untukmu "



"Saya akan berjaya dan bahagia"

Saturday, 3 December 2011

:: 2011 semakin meninggalkan kita ::

Dah agak lama saya menyepikan diri dalam ruang blog ni... Bukan pe, sibuk dengan tangunggjawab sebagai seorang master student memang betul2 mencabar... Pejam celik pejam celik dah bulan Disember 2011 !!! Maknanya kurang dari 30 hari je lagi nak masuk tahun baru....

Ape pun sebagai renungan...


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Sunday, 16 October 2011

:: Saya rindu MEREKA ::

Saya rindu mak...

Saya rindu ayah...

Saya rindu abang saya yang poyo...

Saya rindu kakak saya yang baik hati...

Saya rindu adik saya yang pandai masak....

Saya rindu adik saya yang comel...




Saya rindu mereka !!!

"Saya akan berjaya dan bahagia"

Saturday, 15 October 2011

:: Ya Allah mengapa WANITA sering menangis ::


Jawapannya....

Kerana wanita itu unik
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah
Aku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apa jua sekalipun
Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman
Walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi
Wanita makhluk kuat....
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.....

WANITA ITU ISTIMEWA

"Saya akan berjaya dan bahagia"

Saturday, 8 October 2011

:: Dia dan Saya ::

* Selalu cuba buat saya tersenyum *

* Tapi kadang-kadang buat saya keluarkan mukus *

* Sangat bersabar dengan kerenah saya *

* Mata dia sangat comel, sebab kecik, SAYA SUKE ITU *

* Kadang-kadang poyo, tapi serius dia sangat COOL *

* Dia suke kucing, tapi saya takut kucing. Ini yang buat saya takut ni *


* Dia banyak cakap, tapi bila kami dalam zon DINGIN, saya yang banyak cakap *


* Dia tak reti pujuk saya, huhuhu sedih tau *


* Kami berdua suka MENANGIS !! *

* Dia sangat sayang saya , saya sangat sayang dia *

* SAYA BERTUAH SEBAB ADA DIA *

"Saya akan berjaya dan bahagia"

Monday, 3 October 2011

:: Tipu untuk jaga hati ::

Tipu untuk jaga hati.... Ramai yang bagi alasan macam tu bila dah tak tahu nak jawab ape kan...Kira macam jawapan terakhir laa.. Tapi pernah tak kita terfikir yang pada mulanya niat kita nak jaga hati tu sebenarnya akan lebih melukakan hati.. Berterus-terang kan lebih baik.. Kenapa mesti nak tipu untuk jaga hati... Banyak lagi cara lain yang boleh kita buat kalau kita betul-betul nak jaga hati orang.. Bukan dengan cara menipu... Kalau banyak kali ditipu rasanya betul ke niat kita nak jaga hati??? Atau sebenarnya kita lebih suka untuk melarikan diri daripada masalah..

Apa yang penting ialah kejujuran.. Kalau kita jujur dan ikhlas, insyaAllah orang akan faham.. Tapi kalau nilai kejujuran tu dah tak ada dalam diri kita, akan banyaklah hati manusia yang akan kita tipu dan akan kita kecewakan... Ada ke manusia yang akan ketawa bila dia tahu yang dia ditipu ?? Kita akan berasa marah bila kita ditipu oleh orang yang kita tak kenal.. Dan marah itu akan hilang dengan sendiri nya kerana kita tidak mengenali perlaku tersebut.. Tetapi kita akan teramat sedih dan terluka apabila kita ditipu oleh orang yang kita kenali dan kita sayangi... Persoalan akan timbul, tanda tanya akan sentiasa bermain di minda... Kenapa, mengapa ??

Apa yang saya tau, kalau kita percaya dengan orang itu, kita akan jujur dengan dia... Kita lebih senang untuk meluahkan segala rahsia dengan orang yang kita percaya dan yakin... Kepercayaan dan kejujuran ibarat suami dan isteri.... Sekiranya salah satu melangkah pergi, maka runtuhlah ia..

Tanamlah pokok kepercayaan dan semailah dengan baja kejujuran....





"Saya akan berjaya dan bahagia"

Thursday, 29 September 2011

:: Saya seorang Perempuan ::


Bangga tak jadi perempuan?? Mestilah bangga sebab "Ladies first" :) Kalau pergi mana-mana mesti perempuan diberi perhatian dulu.. Especially kalau time nak naik bus lah, mesti jejaka-jejaka yang baik hati bagi perempuan naik dulu...Ohhhh so sweet.....Walaupun badan jejaka tu dah bukan sweet lagi, dah sour rasanya, tapi sebab keprihatinan dia terhadap kami, mereka tetap sweet....

Tapi perempuan cepat merajuk, cepat cemburu, cepat menangis, cepat marah, cepat sensitif, cepat sakit, cepat penat...Yang cepat semua kami...Tapi sekurang-kurangnya kami CEPAT... :) Kami tak lambat...." Siapa cepat dia menang " Ohhhh baru hari ni saya perasaan tau...Ini memang kebanggaan ni....Jadi kami memang sentiasa menang !!!

Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak, selalu cakap susahnya jadi perempuan....Nak kena ikat rambut, nak kena pakai bedak lepas mandi, kalau nak main, kena main kat rumah je...Budak-budak lelaki seronok sakan main bola kat padang...Kami yang perempuan main masak-masak jelah...Kalau pergi jalan mesti tangan kena pimpin, tengok budak lelaki dengan berlagaknya diorang melangkah berlari ke sana sini....Masa tu memang hati membuak-buak nak jadi macam budak lelaki....Konon-konon jelah...Kalau dah perempuan, ubah ikut mana pun tetap perempuan....

Bila dah besar sikit, pertumbuhan hormon berlaku...Perempuan juga yang ketara..Macam-macam yang berubah....Daripada pakai baju sehelai, dah kena pakai baju dua jenis...Tapi saya bangga sebab perbelanjaan untuk perempuan lebih banyak daripada lelaki...hahahahaha itu pun nak bangga juga ke....Paling best setiap bulan dapat cuti honeymoon...Ohhhh betapa beruntungnya perempuan ni kan... :) Yang lelaki jangan cemburu....

"Saya akan berjaya dan bahagia"

Wednesday, 14 September 2011

:: Kembali jadi student ::

Alhamdulillah, saya sudah rasminya bergelar pelajar UTHM !!! Jadi orang Batu Pahat la sekarang ni...Macam tak percaya juga angan-angan Mat Jenin saya nak sambung Master kesampaian juga....Tak lama pun setahun je....Pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik....Ting........................ :)

InsyaAllah saya akan belajar rajin-rajin....Saya bersyukur sangat di atas petunjuk yang Allah berikan ini....Alhamdulillah, doa saya selama ini dimakbulkan olehNya...Apa yang penting sekarang, balajar bersungguh-sungguh....Biar orang nak cakap apa, yang penting diri saya !!!

Encik Cinta banyak bagi semangat pada saya...Saya sangat2 lah berterima kasih pada dia....Dia macam cikgu kaunseling saya lahh...Hari2 bagi saya semangat....Dia dah macam peti rahsia saya dah...Mak dan ayah pun banyak berkorban masa, tenaga dan wang untuk saya....Walaupun cara penyampaian kasih sayang mereka pada saya tidak ditunjukkan sepenuhnya, tapi jauh di sudut hati anak mak dan ayah ni tahu dan sangat menghargainya...Buat masa sekarang hanya sekalung doa yang mampu anakmu ini balas..InsyaAllah, anakmu akan membahagiakan mak dan ayah...Tanpa mereka saya mungkin tak sampai kat sini juga....

Ohhhhh awat terlebih emosi di sini....Huhuhuhu....Lap air mata sat naaa...

Adik-beradik yang sentiasa membantu bila saya dalam kebuntuan masalah negara....Saya bersyukur sebab dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa ada bila saya memerlukan mereka...

Terima kasih Ya Allah untuk semua ini....


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Saturday, 10 September 2011

:: Tujuh yang indah ::

Banyak perkara tentang nombor tujuh. Tujuh lapisan langit, tujuh keajaiban dunia, Telaga Tujuh. Apa lagi yang ada tentang tujuh ?? Haaa tujuh warna pelangi, comel kan... Tujuh syarat puteri Gunung Ledang.... Banyak lagi kot pasal tujuh ni, tak berapa nak ingat laa. Kalau nak tau lagi, cari sendiri ye....


Apasal saya kepoh pasal tujuh ni...Ting......Sebab tujuh juga ada kaitan dalam percintaan saya.... Pertemuan kami yang kali ketujuh ini paling lain daripada yang lain...Inilah kali pertama kami dapat ambil gambar berDUA....Comel kan....Kami tak rancang pun benda ni...Tapi serius sangat COMEL..... :)

Nilah kali pertama kami bergambar sakan...Dalam hati malu-malu kucing juga, tapi kejap je...Bila nak seronok snap gambar, haaa tak ingat sampai habis bateri....Terpaksa curi elektrik hak kerajaan Johor kejap....
Pertemuan kali ketujuh juga wajib untuk kami berdating di workshop kereta... Teringat balik masa kami mula-mula jumpa dulu.... Kat workshop kereta juga kami dating....Tapi bila ingat balik memang rasa percintaan ini sangat COMEL :) Pertemuan kali ni memang susah dan amat susah nak berpisah sebab banyak perkara-perkara manis yang berlaku....

Paling best bila saya dapat ambil gambar curi bila dia salam mak dan ayah...Minta ampun ye Encik Cinta...
Banyak kenangan tercipta, bukan untuk dilupa. Tetapi untuk kita bersama, mengingati buat selamanya :)

"Saya akan berjaya dan bahagia"

Thursday, 25 August 2011

:: Terpaksaku melangkah ::

Seandainya kejujuran ini

Tiada lagi tertera dihati

kurela undur diri

Dariku terluka

Di puncak impian

Yang kugenggami

Takku sangka gerimis melanda

Ketika itu hangatnya merindu

Bagaikan tiada duka yang datang

Namun kelopak berderai

Bukan simpati yang mesti kau lafazkan

untuk menegakkan cinta

seolah sengaja

kau persendakan kasihku

Biarku derita, biarpun sengsara

asalkan tiada kekesalan

walaupun cinta sepenuh hatiku

Namun ku tak berupaya didustai oleh bibir

yang berpura

Seandainya kejujuran ini

tiada lagi tertera dihati

terpaksaku melangkah

walau hatiku kan terluka


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Wednesday, 24 August 2011

:: Kepercayaan yang kau sia-siakan ::

Huhuhu....Baca tajuk entry ni pun dah rasa sedih.....Ok, kelopak mata ni dah tak mampu nak tahan...Biarlah dia jatuh, bersama dengan entry kali ni.....Yang penting hati saya tengah sedih dan sangat kecewa.... :(

Selama ni saya percaya dengan kata-kata yang dia berikan. Walau kadang ada ragu-ragu di situ, saya cuba berfikiran positif. Sebab dia selalu pesan "cuba berfikiran positif" Saya buang segala rasa yang tidak bagus itu... Tapi sekarang, positif tu dah jadi negatif.. Kalau pepatah Melayu, nasi dah jadi bubur...Kepercayaan yang diberikan tu senang-senang je dia main-main kan...Apa ingat tak berharga ke $$$$$$

Apa makna kalau panggil sayang, panggil dear.... Kawan biasa ke???? Apa makna kalau i miss you, dear... Kawan biasa ke??? Apa makna kalau selalu skype sama-sama walhal boleh jumpa hari-hari....Kawan biasa ke???? Salah saya ke untuk rasa cemburu???? Ohhhh tapi tu dulu.... Masa saya cemburu, sibuk suruh jangan syak wasangka.... Ok, sekarang saya dah tak cemburu lagi....Saya tak merajuk lagi....Mesti rasa lega kan dah tak perlu nak pujuk-pujuk lagi.... Ohhhhh baru perasaan saya agak emo mengarang disini....

Tarik nafas..........Hembus.......

Alhamdulillah, saya redha dengan ujian Allah pada saya....Lagipun dah lama rasanya tak nangis sampai bengkak-bengkak mata....Allah sentiasa bersamaku......

Perjalanan hidup saya masih panjang.....Banyak lagi rintangan dan dugaan yang saya akan tempuhi....Doakan saya dapat mengharunginya dengan ikhlas....

STOP CRYING PLEASE :(


"Saya akan berjaya dan bahagia"

Wednesday, 17 August 2011

:: Kad RAYA dah pupus ::


Kalau dulu masa-masa macam ni dah berlambak abang posmen hantar kad raya kat rumah. Kalau tak pun, kawan2 bagi pakai tangan je...Yelah kan, masa zaman sekolah...Kita bagi awak kad raya, awak balas tau...Mana tak banyak....Hahahaha...Pantun wajib ada :

Pecah kaca, pecah gelas
Sudah baca harap balas


Pen merah, pen biru
U marah, I love u


Yang paling best siap bagi duit raya seposen kat situ...Bersungguh-sungguh ni menampal guna selotep...Kalau yang baik hati tu bagi duit satu sen...Selalu mesti dapat kad raya macam ni...


Kepada
Hana...
Selamat hari raya kita ucapkan...Kita minta maaf kalau ada buat salah dari hujung rambut sampai hujung kaki...Maaf ye kalau ada mengumpat awak...0-0 ye (tapi confirm lepas raya mengumpat balik...)

Baju raya awak warna apa tahun ni?

Dah buat kuih raya? Banyak tak kuih raya?

Ok lah last sekali...Jangan ponteng puasa !!!!


Dulu memang tak pontenglah...Sekarang ni memang wajib ponteng :)

Bila dah dapat kad raya banyak-banyak, buat ampai kat rumah....Gantunglah macam sidai kain...Konon macam meriah sikit la kan....Sekarang ada??? Mestilah tak ada kan...

"Saya akan berjaya dan bahagia"