Friday 18 February 2011

:: Hasil nukilan ::




1




    S


etelah sekian lama Hana menutup pintu  hatinya kepada perkataan cinta buat kaum Adam. Hana bertekad untuk menghabiskan pengajiannya di peringkat Ijazah tanpa gangguan ikatan cinta.
Ramai di antara rakan-rakan seperjuangan yang tidak percaya dengan keputusan tersebut.
“Cinta datang bila-bila Hana, mampu ke nak tolak?” Soalan yang sering ditanya oleh rakan-rakannya.
Hana hanya mampu tersenyum. Tidak kuasa untuk bertegang lidah dengan rakan-rakan yang tidak memahami dirinya.  Bagi Hana semua bergantung pada niat dan hati seseorang. Jika hendak seribu daya. Jika tidak percaya, tutup mulut.

Pejam celik, sudah masuk tahun akhir Hana di menara gading. Hanya tinggal menyiapkan Projek Tahun Akhir sebelum Hana bergelar seorang siswazah. Kini tanpa diduga pintu hatinya telah diketuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Pada mulanya Hana memang agak keberatan untuk menjawab salam perkenalan yang diterimanya dari laman web sosial yang agak popular pada masa itu. Tidak lain tidak bukan Tagged yang digilai oleh ramai pelusuk dunia. Zaman semakin hari semakin berubah ke arah kemajuan dan teknologi yang canggih. Semuanya tersedia di hujung jari. Canggih bukan teknologi siber.

Hana mengelamun. Memang itu hobinya sejak kecil lagi. Jika kisah Pak Pandir itu bukan rekaan, barangkali Hana ini adalah cucu cicit Pak Pandir yang hidup di dunia moden.

“Hah, Kak Hana ! Ooo ingat dekat boyfriend ye.” Huda, rakan sebilik menerjah.

Terkejut beruk Hana dibuatnya. Nasib baik Hana lebih comel daripada beruk. Tidaklah ketara sangat rupanya.

“Mana Kak Hana ada boyfriend. Tengah fikir nak buat assignment ni” Hana cuba memberi jawapan agar tidak masuk ke lubang perangkap Huda.

Huda mengemas barang untuk dibawa ke bilik rakannya. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan sebagai pelajar semester empat. Seperti kebiasaan Hana akan tidur seorang diri tanpa teman sebiliknya itu. Bagi mengurangkan rasa takut, lampu belajar akan dipasang sehingga keesokan paginya.

Hana melihat kembali pesanan yang diterima tadi. Salam dibalas tanda persetujuan untuk berkawan. Sudah tiba masanya untuk Hana memberi ruang kepada hatinya untuk berbicara tentang perasaan. Mana tahu lelaki tersebut adalah cinta yang dinantikan selama ini.
Walaupun tidak berjabat tangan, pertalian persahabatan antara Hana dan Aizam kini terjalin. Mereka kerap berbalas pesanan ringkas di Tagged. Cuba untuk menjadi rakan rapat siber. Hana senang berkongsi cerita dengan Aizam.

Begitu juga Aizam, katanya “Saya lebih suka berbual dengan kawan perempuan. Orang lelaki ni lain sikit. Tidak boleh lebih-lebih sangat. Tak seronok.”

Seperti kaum Adam yang lain, tidak sempurna jika tidak dapat mendengar suara kaum Hawa yang dikenalinya. Aizam meminta nombor telefon bimbit Hana dengan alasan sebagai seorang kawan. Bukan mudah bagi Hana untuk memberi nombor telefon kepada orang yang baru dikenalinya. Itupun melalui alam siber. Pelbagai alasan diberi namun ada sahaja jawapan daripada Aizam.

Masih tidak berputus asa, Aizam memberi nombor telefonnya kepada Hana. Hana memberi pesanan ringkas ke nombor telefon bimbit Aizam untuk mengucapkan Selamat Malam.

Sekeras-keras kerak nasi akhirnya lembut juga. Begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan diri Hana. Aizam juga pandai menyusun ayat. Orang cakap lelaki yang pandai susun ayat romantik orangnya. Jangan perasan sudah.

“Belum apa-apa dah terpikat ke Hana?” Bisik hati kecilnya. Hana keluar dari lamunannya sambil tersenyum simpul.

Berbalas pesanan ringkas di telefon, bertukar gambar, berbual panjang pada malam hari sudah menjadi sebahagian rutin dalam kisah yang kononnya persahabatan dalam hidup Hana dan Aizam. Setiap pagi Hana akan dikejutkan oleh Aizam. Untung juga ada jam loceng bernyawa ni.

Romeo takes me somewhere we can be alone…I will be waiting all there is left to do is run…You will be the prince and I will be the princess…It is a love story baby just say yes... Love Story, nada deringan nyanyian Taylor Swift yang telah di khususkan kepada pemanggil Aizam mengejutkan Hana dari tidur.

“Assalamualaikum. Selamat Pagi. Awak dah bangun?” Ucapan yang akan Hana dengar pada setiap pagi kecuali hari Sabtu dan Ahad.

“Belum, Hana baru nak bangun” Hana menjawab sambil mengeliat.

“Bangun ye. Mandi, lepas tu solat Subuh.” Aizam tidak pernah lupa mengingatkan Hana untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Mandi pagi-pagi subuh? Perkara yang memang jarang Hana akan buat. Cukup sekadar menggosok gigi dan membasuh muka. Hana sujud menyembah penciptaNya yang Esa.

Hampir dua minggu Hana berkawan dengan Aizam di alam siber, Aizam memberitahu Hana yang dia adalah seorang penyelam Tentera Laut Di Raja Malaysia. Patutlah setiap pagi Aizam bangun untuk berjogging. Sebagai penyelam, berat badan amat dititikberatkan. Jika tidak, boleh jadi pelampung penyelamat la gamaknya.

Perhubungan Hana dan Aizam semakin rapat. Dalam sehari pasti Aizam tidak jemu-jemu menelefon atau menghantar pesanan ringkas buat Hana. Mungkinkah cinta akan berputik di antara mereka?

Aizam sudah mengambil langkah pertama. Dia memberi lagu Salam Rindu, nyanyian Type X kepada Hana di Tagged. Hana sendiri keliru dengan perasaannya.

“Awat dia bagi lagu ni? Dah la post kat Tagged. Semua orang boleh tengok kot. Aduh !” Bisik hati kecil Hana.

Hana kepenatan menghadiri kelas sepanjang hari. Malam itu Hana tidur tanpa mengucapkan Selamat Malam kepada Aizam yang sering dilakukan oleh mereka berdua.

Hana tersedar daripada tidur kerana bunyi telefon bimbitnya menandakan ada SMS yang diterima.

Hana membacanya “Saat awak terlena, saya terjaga teringatkan awak. Saat awak terjaga, saya terlena mimpikan awak. Semuanya tentang awak. Dan saya tahu saya tidak akan pernah walau sesaat pun melupakan awak. Hanya awak, Hana.”

Pengirim SMS tersebut datangya daripada Aizam dan pada pukul 2.19 minit pagi. Hana tersenyum dan hatinya berbunga-bunga selepas membaca SMS tersebut.

Hana masih belum kenal sepenuhnya tentang diri Aizam. Ke mana lagi rujukan yang Hana boleh dapat kalau bukan di Tagged. Hana membaca satu persatu komen yang ada di halaman Tagged Aizam.

Banyak persoalan yang muncul di benak fikiran Hana. Sepertinya Aizam sudah berpunya. Anita Sofea namanya. Banyak komen-komen cinta dan rindu daripada mereka berdua. Paling menyakitkan hati Hana komen kissing dan hug pun ada. Memang sah mereka bercinta.

“Eee kalau dah ada kekasih, buat apa nak gatal-gatal bagi ayat-ayat manis kat aku. Dasar lelaki semuanya sama.” Sakit hati Hana.

Sehari suntuk Hana tidak membalas dan menjawab panggilan daripada Aizam. Tanda memprotes.

Hana menangis seorang diri. Tapi untuk apa? Aizam dan Hana bukan pasangan kekasih. Tidak perlu rasanya Hana membazirkan air mata untuk perkara tersebut, melainkan Hana sudah ada hati dengan Aizam.

“Ya memang aku dah mula jatuh hati dengan dia. Tapi kenapa dia tipu aku?” Rungut hati kecil Hana.

Selesai solat Isyak, Hana membuka buku untuk menelaah pelajaran. Tidak ada apa yang masuk di fikirannya. Mana mungkin di kala hati terasa pedih fikiran dapat berfikir dengan tenang.

Itu adalah salah satu sebab mengapa Hana tidak membenarkan cinta hadir dalam hidupnya. Hana tidak mahu cinta mengganggu pelajarannya.

Melihat di skrin telefon bimbitnya sudah ada 12 panggilan yang tidak terjawab. Kesemuanya dari pemanggil yang sama, Aizam.

Hana memang mempunyai hati yang lembut. Tidak sampai hati untuk membiarkan panggilan tidak dijawab berterusan. Hana menjawab panggilan daripada Aizam walaupun hatinya pedih.

“Assalamualaikum.” Aizam memberi salam.

“Walaikumsalam.” Hana membalas.

“Awak sihat? Kenapa tak jawab saya call?” Soal Aizam. Setiap kali menelefon, Aizam tidak pernah lupa bertanyakan tentang kesihatan Hana terlebih dahulu.

“Sihat. Awak sihat? Hana tak dengar pun awak call” Hana menjawab hendak tak nak. Harap-harap Aizam dapat membaca dari nada suaranya tadi.

Memang benar Aizam dapat menangkap seperti ada yang tidak kena.

“Saya ada buat salah ke?” Soal Aizam.

“Tak ada apa-apa.” Hana berbohong.

“Kalau ada, saya minta maaf.” Aizam cuba untuk memujuk Hana.

Hana tidak dapat menahan perasaannya. Dia akur dengan dirinya sendiri. Bukan mudah baginya untuk menahan air mata mengalir keluar dari kelopak matanya.

Hana menceritakan apa yang dia rasa tika dan saat itu. Aizam membisu memberi ruang kepada Hana untuk meluahkan perasaan.

Setelah selesai Hana menceritakan apa yang terbuku di lubuk hatinya. Tiba giliran Aizam memberi penjelasan.

“Awak, dia tak ada apa-apa dengan saya. Saya dengan dia hanya sekadar kawan. Dia dah berumah tangga. Dah ada anak dan suami.” Aizam memberi penjelasan.

“Tetapi kenapa berbalas komen-komen tentang perasaan cinta dan rindu. Macam orang tengah bercinta.” Hana tidak berpuas hati dengan penjelasan Aizam.

“Bukan macam itu. Ucapan cuma sekadar ucapan. Yang penting niat kita. Kita anggap orang itu sebagai apa. Samada kawan, kekasih atau sebagainya. Maknanya lain-lain. Tidak akan sama.” Aizam menjawab.

“Mana boleh tak sama. Kalau macam itu, dengan semua orang pun awak lafazkan perkataan cinta. Cinta mana boleh lafaz kat semua orang.” Hana membetah.

“Dia yang bagi kat saya. Tak kan saya tak nak balas. Nanti dia ingat saya sombong pula.” Aizam menjawab.

“Kenapa Hana nak terasa hati?” Soal Aizam.

“Apa aku nak jawab? Sampai hati dia soal aku macam ni. Eee malunya. Nasib baik bukan depan mata. Sekadar percakapan di telefon.” Rintih hati Hana.

Hana membisu tanda tiada jawapan darinya.

“Hana, Hana istimewa pada saya sebab sifat-sifat yang ada pada Hana. Setiap hari saya call dan hantar SMS pada Hana. Saya tidak pernah buat macam ini dekat orang lain. Hana tau sebab apa? Sebab saya tak nak kehilangan Hana” Aizam cuba untuk memberitahu dan  meyakinkan yang sebenarnya dalam diam dia telah menyukai Hana.

Hana menitiskan air mata. Jawapan yang diberi oleh Aizam betul-betul menyentuh perasaanya. Kenapa perlu bergaduh dengan hal yang kecil? Hana sendiri tidak suka dengan pergaduhan. 

Semua perkara boleh diselesaikan dengan syarat perlu dibawa bincang. Aizam pandai mengambil hati Hana. Antara sebab itulah Hana senang dengan Aizam dan membuatkan hati Hana terpikat dengan Aizam.

Bersambung....................


"Saya akan berjaya dan bahagia"



No comments: