Friday, 4 February 2011

:: Perubahan itu memang wujud ::

Seperti yang kita tahu, masa akan sentiasa berubah. Hari ini, esok, lusa, tulat dan seterusnya. Manusia juga berubah mengikut tumbesaran. Bermula dengan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhir sekali akan menjadi warga emas. Tiada apa yang tidak berubah di dunia ini. Hanya Allah yang akan kekal begitu untuk selamanya.

Begitu juga dengan perasaan dan hati seseorang. Saya perlu menerima hakikat tersebut dan belajar menerimanya dengan hati yang ikhlas. Walaupun dia selalu ingatkan saya yang perasaan dia kepada saya tidak pernah berubah. Tetapi saya merasai perubahan tersebut. Mungkin dia tidak sedar akan perubahan yang dia lakukan. Begitu juga dengan saya. Bila ditegur, barulah saya menyedarinya.

Saya tak salahkan dia. Perubahan itu memang akan tetap wujud walau macam mana cara sekalipun kita menjaganya. Apa yang saya boleh buat sekarang, saya tidak akan berharap lagi. Ku berhenti berharap...

Saya serahkan semua padaNya. InsyaAllah saya terima semua yang ditetapkan untuk saya. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya.


"Saya akan berjaya dan bahagia"

No comments: